Ajal pengantin baru .. Faizal maut isteri koma tercampak rempuh lembu (8Gambar)

MARAN: Tidak disangka pasangan suami isteri ini akan berpisah selamanya apabila si suami maut manakala isteri parah dan kini koma apabila  motosikal yang ditunggang mereka melanggar lembu yang dipercayai tiba-tiba melintas di jalan besar FELDA Jengka 23, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari, mangsa Muhammad Faizal Muhamad Mokhtar, 24, yang merupakan seorang mekanik dari Taman Ampang Saujana, Ampang, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala isterinya, Nor Haleana Dali, 24, cedera di kaki kiri dan kini koma impak kemalangan .

Pasangan ini baru berkahwin kira-kira 6 bulan, mereka melangsungkan perkahwinan pada Julai 2017, jelas mereka kini dipuncak bahagia tidak disangka mereka hanya dapat bersama selama 6 bulan sahaja, Allah lebih sayangkan Faizal suami Nor Haleana.



Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman, berkata ketika kejadian Muhammad Faizal dan Nor Haleana dikatakan dalam perjalanan dari Ampang, Selangor menuju ke FELDA Jengka 23, di sini bagi menghadiri kenduri kahwin bapa saudara mangsa.

“Ketika tiba di tempat kejadian, tiba-tiba seekor lembu dipercayai melintas dari kiri ke kanan jalan secara mengejut menyebabkan mangsa gagal mengelak dan melanggar haiwan terbabit.

“Akibat pelanggaran berkenaan, mangsa dipercayai terpelanting ke sebelah kanan jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya pula parah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norzamri berkata, jenazah Allahyarham dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat, manakala isterinya turut dirujuk ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber : accidentportal

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Semoga Nor Haleana cepat sembuh dan tabah moga roh suami tersayang tenang disana. Al fatihah.